Sunday, May 10, 2020


Jom Pulau Travel



Pada akhirtahun lepas, saya dan saudara-mara saya telah pergi ke beberapa pulau yang berada di Mersing. Antara pulau yang kami pergi adalah Pulau Tengah, Pulau Sibu, Pulau Tinggi dan Pulau Besar.
Gambar ketika berada di Pulau Tengah. Pulau-pulau yang kami pergi mempunyai pemandangan yang indah nian. Pemandangan yang cantik itu memukau semua pelancong yang ada. Air laut yang jernih membolehkan kita melihat ikan-ikan di dalam laut itu. Kami mempunyai pengalaman yang menarik di sana mungkin lebih menarik jika saya pergi bersama kedua ibu bapa saya. Mungkin rezeki tidak memihak kepada ibu bapa saya kerana pada hari kejadian, ibu saya demam. Disebabkan itulah saya pergi bersama saudara-mara saya.



Kami pergi ke pulau-pulau tersebut dengan menaiki bot ini. Pada hari tersebut cuaca tidak begitu baik, air laut yang deras dan ombak yang melambung tinggi menyebabkan beberapa saudara saya mabuk laut.

Pulau Tinggi mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Ketika berada di dalam bot itu, pemandu bot itu menceritakan serba sedikit tentang Pulau Tinggi ini. Katanya, Pulau Tinggi ini kaya dengan sejarah, dahulunya pulau ini menjadi tempat singgah pedagang dan nelayan. Pulau ini memiliki pantai yang bersih, bukit yang tinggi dan hutan yang tebal. Pemandangan di sana amat cantik.

Kami pergi kesemua pulau tersebut dalam masa sehari. Kami pulang pada lewat petang dan semua kepenatan setelah bersuka ria. Walaupun penat kami masih lagi boleh tersenyum untuk bergambar.

Jom Pulau Travel Pada akhirtahun lepas, saya dan saudara-mara saya telah pergi ke beberapa pulau yang berada di Mersing. Anta...