Sunday, May 10, 2020


Jom Pulau Travel



Pada akhirtahun lepas, saya dan saudara-mara saya telah pergi ke beberapa pulau yang berada di Mersing. Antara pulau yang kami pergi adalah Pulau Tengah, Pulau Sibu, Pulau Tinggi dan Pulau Besar.
Gambar ketika berada di Pulau Tengah. Pulau-pulau yang kami pergi mempunyai pemandangan yang indah nian. Pemandangan yang cantik itu memukau semua pelancong yang ada. Air laut yang jernih membolehkan kita melihat ikan-ikan di dalam laut itu. Kami mempunyai pengalaman yang menarik di sana mungkin lebih menarik jika saya pergi bersama kedua ibu bapa saya. Mungkin rezeki tidak memihak kepada ibu bapa saya kerana pada hari kejadian, ibu saya demam. Disebabkan itulah saya pergi bersama saudara-mara saya.



Kami pergi ke pulau-pulau tersebut dengan menaiki bot ini. Pada hari tersebut cuaca tidak begitu baik, air laut yang deras dan ombak yang melambung tinggi menyebabkan beberapa saudara saya mabuk laut.

Pulau Tinggi mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Ketika berada di dalam bot itu, pemandu bot itu menceritakan serba sedikit tentang Pulau Tinggi ini. Katanya, Pulau Tinggi ini kaya dengan sejarah, dahulunya pulau ini menjadi tempat singgah pedagang dan nelayan. Pulau ini memiliki pantai yang bersih, bukit yang tinggi dan hutan yang tebal. Pemandangan di sana amat cantik.

Kami pergi kesemua pulau tersebut dalam masa sehari. Kami pulang pada lewat petang dan semua kepenatan setelah bersuka ria. Walaupun penat kami masih lagi boleh tersenyum untuk bergambar.

28 comments:

  1. Sungguh menarik!! Saya juga ingin ke sama suatu Hari nanti

    ReplyDelete
  2. wahhhh menariknya perkongsian yang dibuat oleh saudari. Pastinya seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga kan? Apa pun gambar dan penerangan yang jelas. Terima kasih diatas perkongsian yang bermanfaat ini :)

    ReplyDelete
  3. Blog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang

    ReplyDelete
  4. perjalanan yang menyeronokkan!saya akan ke sana bersama keluarga pada masa akan datang

    ReplyDelete
  5. Wah!!menariknya blog yang anda hasilkan ini☺️๐Ÿ‘๐Ÿป..Penggunaan bahasa juga mudah difahami dan jelas.

    ReplyDelete
  6. Wah menarik blog yg awak hasilkan saya harap sye dpt pergi kesana pada suatu hati nnti. Lagi stu penggunaan bahasa awak mmg bagus dan mudah difahami

    ReplyDelete
  7. Menariknya pulau-pulau tersebut!! Saya pun ingin mengunjunginya pada masa hadapan!!

    ReplyDelete
  8. menarik sungguh blog saudari , terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  9. Saya sangat suka akan blog yang anda hasilkan ini. semoga anda berjaya menjadi penulis blog pada suatu hari nanti. Syabas!๐Ÿ‘๐Ÿป Doakan saya agar dapat ke Mersing suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  10. Wah banyaknya pulau awak telah pergi๐Ÿ˜ฎ pastinya pengalaman ini tidak boleh dilupakan..

    ReplyDelete
  11. wah sungguh menarik perkongsian anda!

    ReplyDelete
  12. sungguh menarik perkongsian anda, percutian yang sangat seronok

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang amat bermanfaat dan menarik . Saya seronok membaca blog kamu

    ReplyDelete
  14. Blog yang dikongsikan amat menarik kerana saya dapat melihat pemandangan pulau tersebut.Saya berharap dapat pergi ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  15. Kepulauan pulau yang dipulaukan...kisah percutian yang berair dengan pemandangan perairan jernih serta kesucian pasir putih...ewah!Apa pun cerita yang seronok dikala percutian berair di perairan...๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  16. perkongsian awak tentang percutian ini membuatkan saya tertarik untuk kesana walaupun dengan sekadar membaca perkongsian dari anda.hal ini oleh kerana perkongsian yang amat menarik dari anda

    ReplyDelete
  17. Wah! Menariknya perkongsian anda yang dilengkapi dengan maklumat yang terperinci berkaitan dengan tempat percutian yang anda kunjungi. Kekreatifan anda dalam menghasilkan blog ini juga tidak dapat dinafikan! Menaiki bot bersama keluarga merupakan satu penglaman yang tidak dapat dilupkana dan ia merupakan kenangan manis bai anda sekeluarga. Syabas dan tahniah diucapkan kepada anda.

    ReplyDelete
  18. Tertarik saya membaca blog anda yang mengandungi pelbagai gambar dan maklumat yang menarik.Gambar yang diletakkan jelas menunjukkan betapa seronoknya saudari dan keluarga berkunjung ke sana.Blog saudari juga telah membuatkan saya ingin ke sana jika diberikan peluang.Terima kasih dan syabas saya ucapkan.:)

    ReplyDelete
  19. Destinasi percutian yang menarik . Saya berasa ingin ke sana selepas melihat anda berkunjung ke pulau tersebut . Terima kasih di atas perkongsian anda yang cukup bermanfaat ini

    ReplyDelete
  20. Destinasi yang tepat untuk di lawati. Saya berasa sangat suka dan gemar kerana terdapat orang yan melawati pulau ini. Tahniah.

    ReplyDelete
  21. Hebat sungguh percutian kamu wahai saudari. Saya amat tertarik untuk membacanya kerana disertakan gambar-gambar yang menarik.

    ReplyDelete
  22. Saya begitu tertarik dengan blog yang saudari buat kerana ianya begitu menarik untuk dilihat๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  23. Syabas atas kejayaan anda menghasilkan blog yang sangat menarik ini. Gambar gambar itu sangat menarik. Semoga maju jaya dan teruskan usaha anda untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

    ReplyDelete
  24. Menariknya pulau-pulau tersebut!! Saya pun ingin mengunjunginya pada masa akan datang

    ReplyDelete
  25. Saya pasti akan kunjungi pulau-pulau tersebut kerana nampak seronok serta pengalaman yang hebat.

    ReplyDelete
  26. Tertarik saya membaca blog anda yang mengandungi pelbagai gambar dan maklumat yang menarik.Gambar yang diletakkan jelas menunjukkan betapa seronoknya saudari dan keluarga berkunjung ke sana.Blog saudari juga telah membuatkan saya ingin ke sana jika diberikan peluang.Terima kasih dan syabas saya ucapkan.

    ReplyDelete
  27. Syabas atas kejayaan anda menghasilkan blog yang sangat menarik ini. Gambar gambar itu sangat menarik. Semoga maju jaya dan teruskan usaha anda untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

    ReplyDelete
  28. Wow! Sungguh menarik percutiaan saudari.Perkongsiaan saudari amat menarik sekali. Saya sungguh teruja membaca penulisan saudari dengan penggunaan ayat gramatis. Syabas!

    ReplyDelete

Jom Pulau Travel Pada akhirtahun lepas, saya dan saudara-mara saya telah pergi ke beberapa pulau yang berada di Mersing. Anta...